Categories
Bisnes

Mula Kerja Dari Rumah

Bila dah Mula sahaja PKP, PM dah mula sebut fasal “New Normal”. Maksud kat sini, benda yang dulu mungkin kita tak pernah buat, atau janggal lepas ni akan jadi kebiasaan.

Ambil contoh, sejak adanya PKP istilah penjarakan sosial atau dalam bahasa Inggeris nya Social Distancing agak pelik kita dengar. Tapi, istilah ni makin sebati dengan halwa telinga kita. Jadi, bila jer PKP tamat, social distancing ni tetap dilakukan dan pastinya kita akan rasa kekokurk lakukan perkara baru.

Selain itu, kat sosial media sendiri dah ramai gunakan #WFH atau work from home. Mungkin dulu ramai yang bercita-cita nak bekerja dari rumah, tak nak melalui kesesakan lalu lintas atau bersesak dengan ramai orang ketika menaiki kenderaan awam. Lepas ni, cita-cita tu terlaksana. Isunya, tinggal membiasakan diri jela macamana nak handle situasi di rumah dan tugasan kerja.

Kalau macam abam sendiri, abam dah lama mula bekerja dari rumah. Tahun ni adalah tahun ke 10. Haa, kalau budak dah darjah 4, hehee. Mulanya abam agak kekok, tapi lama kelamaan abam dah boleh sesuaikan diri dan boleh fokus. Banyak sebenarnya cabaran bila work from home ni.

Tips yang abam boleh share kat sini, sentiasa disiplin dengan masa. Ambil contoh, kalau dulu masa bekerja kat pejabat punch card pukul 9.00 pagi, teruskan rutin punch card tu seperti biasa. Nak lagi best, tukar juga pakaian tu macam pergi pejabat. Barulah rasa feel tu bekerja.

Apa-apa pun, abam doakan all the best utk semua. Sama-sama harungi detik-detik sukar ni dengan positif dan semangat baru!

Kita Mesti Menang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *